Kata-kata lepas ke laut menjadi gelombang,
lepas ke daratan menjadi gunung,
lepas ke hutan, alam berubah menjadi gurun,
kata-kata, pada saat terpenjara di dalam sukma,
manusia terasa kehilangan mentari dan sinarnya,
tetapi, pada saat kata-kata bebas,
meninggalkan hati nurani,
manusia mati, tertusuk belati tajam,
daripada tangannya sendiri.
Wahai, saudara-saudara yang mulia!
Berwaspadalah dengan kata-kata,
Supaya kita tidak membunuh diri,
Dengan kata-kata kita sendiri.
Sasterawan Negara
Baha Zain
Monolog Kecil 2 Tentang Kemelut dan Ambiguiti
DBP, 2019
PENGAJARAN
- Kita hendaklah menjaga tutur kata ketika berkomunikasi dengan manusia demi menjaga kehormatan orang lain serta mengelakkan diri daripada termakan dengan kata-kata tersebut.
- Kita haruslah berfikir sebelum bercakap supaya kata-kata yang dikeluarkan daripada mulut hanyalah perkataan yang memberi manfaat dan tidak menyakiti hati orang lain.
- Kita mestilah kurangkan bercakap tentang hal yang tidak memberi manfaat dan tingkatkan kualiti dalam percakapan kita.
- Bangsa Melayu merupakan bangsa yang sangat menjaga tutur kata mereka sehingga muncul di dalam sajak yang dinukilkan oleh sasterawan negara.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Islam juga mementingkan umatnya supaya menjaga tutur kata, hal ini disebutkan di dalam hadis Rasulullah SAW:
Jagalah kata-kata anda kerana ia lebih tajam daripada pedang.

No comments:
Post a Comment