Sunday, March 26, 2023

Anak Bulan



Malam itu,

Bintang Kejora menemani bulan.

Indah disaksikan manusia perlahan-lahan.


Awal bulan kali ini, aku masih sendiri.

Sudah tahun kesepuluh ibunda tidak hadir menemani.

Bulan puasa sepanjang sepuluh tahun lepas juga terasa sunyi.


Seperti pepohon lama, hanya membiarkan angin meniupku.

Daun-daun kubiarkan gugur jatuh di situ.

Dengan harapan akan ada daun yang baru.


Namun keadaannya tetap sama,

Tetap tidak mampu menandingi bulan dan Bintang Kejora.

Ada masa mereka berjumpa.


Sekarang hanya tinggal satu,

Doa yang boleh dilangitkan.

Cuma itu yang mampu aku lakukan.

Sunday, March 19, 2023

Bermula Lagi



Roda kehidupan kita berputar lagi.

Pada garis permulaan, kita berdiri.

Perjalanan di hadapan terlihat meresahkan hati.

Kita bermula lagi.

Usah gusar, ini permulaan baru.

Lupakan apa sahaja masalah masa lalu.

Bukalah pintu pertama di hadapanmu.

Pemandangan indah di luar sana pasti menghadiahkan rasa terharu.

Bersemangatlah demi bermula lagi!


Tentang Bunga

  Bunga sering dikaitkan dengan wanita. Warnanya menarik perhatian, Wangiannya harum membuat siapa saja yang menghidunya ketagihan. Direnung...