Saturday, April 1, 2023

Sakit Tiada Penghujung



Kita saling menyayangi walau dalam kejauhan.

Bagi aku, itu sangat menyakitkan.

Meskipun aku sangat yakin padamu,

Tetapi merindukanmu membuatkan aku pilu.

Mengenang semua memori kita yang tidak banyak,

Tetapi sering aku ulang cerita itu dan tidak pernah muak.

Setiap itu juga, aku mengalirkan air mata.


Mengenangmu kala malam menjelma,

Malamku diselimuti rasa rindu yang membuak.

Fikiranku dibaluti suatu rasa yang tidak enak.

Merinduimu lebih daripada separuh jiwaku.

Seperti itulah sakitnya jika kamu ingin tahu.


Hari ini, esok, lusa dan hari berikutnya,

Aku tahu aku akan tetap sakit dalam menanggung rindu.

Sehinggalah waktu mempertemukan kita.

Tolong ingat pada aku.

Aku adalah seseorang yang berthan begitu lama,

Menderita sakit yang tiada penghujung jua.

Yang aku ingin lakukan bersamamu hanya satu,

Iaitu memelukmu erat dan tidak akan kulepaskan walau sesaat.

Tentang Bunga

  Bunga sering dikaitkan dengan wanita. Warnanya menarik perhatian, Wangiannya harum membuat siapa saja yang menghidunya ketagihan. Direnung...